PROGRAM KASIHKU BERSEMI KUALA MAI
Telah berlangsung program Kasih Ku Bersemi (Program anak angkat) selama 3 hari bermula pada 12 mei sehingga 14 mei 2017 .Pihak UMP amat berbesar hati apabila warga KUALA MAI, TEMERLOH menerima kehadiran peserta dan merancang pelbagai aktiviti sepanjang 3hari kami disana.
Para peserta berangakat dari UMP pada pukul 2.30 petang dah selamat tiba di sana pada pukul 4.30 petang.Sejurus tiba disana,majlis perasmian berlangsung dan penyerahan anak angkat diadakan dan disempurnakan oleh YH. PROF. DATO' DR. YUSERRIE BIN ZAINUDDIN (Timbalan Naib Canselor UMP).
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang peserta di sana adalah aktiviti gotong royong membersihkan rumah warga emas iaitu nenek rokiah,melawat kolam sangkar ikan patin,melawat ladang kelapa sawit,sukaneka bersama keluarga angkat serta malam kebudayaan.