JEMPUTAN : MURAL DI TADIKA PERPADUAN GAMBANG
Telah berlangsung program jemputan membuat mural di tadika perpaduan perumahan rakyat GAMBANG yang melibatkan sukarelawan seramai 21 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang.Pada mulanya program ini dijadualkan berlangsung pada 22 April 2017 sahaja, tetapi kerja- kerja mengecat dan mural terpaksa ditunda pada 3o April 2017 kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.Pihak Universiti Malaysia Pahang amat berbesar hati dijemput untuk menyumbangkan kepakaran dan daya kreatif dalam menghasilkan seni lukisan untuk menceriakan lagi bagunan di tadika tersebut.Turut serta dalam program ini adalah persatuan ibu - bapa dan juga MPK bagi membersihkan kawasan yang berdekatan.