13 Apr2017
SEMAIAN KASIH
09 April 2017 lalu telah diadakan satu program semaian kasih melibatkan 38 orang sukarelawan pelajar dan beberapa orang staff. Program ini diadakan di kampung PULAU RUSA, PEKAN.
Antara aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut adalah penanaman anak benih pokok terung dan pokok cili menggunakan kaedah fertigasi yang melibatkan sebanyak 3,000 unit keseluruhannya.Selain itu, beberapa orang pelajar telah membuat telaga tiub secara manual untuk kegunaan penduduk kampung tersebut.Program berakhir pada pukul 1.00 tengahari.