28 Mar2017
SUMBANGAN MEJA JEPUN - SAR FELDA LEPAR HILIR 2
Sesi persekolahan telah bermula pada hari semalam (Isnin 27 Mac 2017) setelah selama seminggu murid sekolah bercuti bagi cuti persekolahan penggal pertama. Pembukaan sekolah pada hari semalam memberi sinar kegembiraan kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat Felda Lepar Hilir 2 kerana dapat menggunakan meja jepun bagi sesi pembelajaran Al- Quran yang telah dibuathasil kerjasama pelajar UMP dan warga kampung Felda Lepar Hilir 2 pada 25 Mac yang lalu.Diharap dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar - pelajar ini dan memberikan keselesaan sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung.