SENTUHAN KASIH
25 Mac 2017 satu program khidmat komuniti : Sentuhan Kasih telah dijalankan di Sekolah Agama Rakyat Felda Lepar Hilir 2. Program ini melibatkan seramai 80 orang pelajar UMP, guru dan pelajar Sekolaha Agama Rakyat serta penduduk kampung. Pihak UMP telah menyumbangkan 100 unit kerusi plastik berserta 50 unit meja bagi melengkapkan fasiliti di sekolah berkenaan. Antara aktiviti lain yang dijalankan adalah mengecat bangunan sekolah dan kantin sekolah, mural, membuat meja jepun dan program motivasi.
Pengarah Pusat Kokurikulum merangkap mentor Duta Pahang, Encik Ramlee Bin Abid menyampaikan sumbangan kerusi dan meja, seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Penutup program ini. Majilis berakhir pada pukul 2.00 petang.