GOTONG - ROYONG FERTIGASI
25 Februari 2017 – Seramai 10 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang terlibat dalam program gotong royong bagi projek fertigasi yang telah diadakan di kampung Pulau Rusa ,Pekan. Melalui aktiviti gotong royong ini pelajar – pelajar ini dapat mempelajari bagaimana cara untuk menjalankan aktiviti pertanian secara fertigasi. Mereka juga dapat belajar bagaimana untuk memindahkan anak benih pokok dari polybag ke rekabentuk irrigation system.
Melalui gotong royong ini mereka bukan sahaja dapat mempelajari kaedah fertigasi malah,dapat pendedahan tentang cara pengurusan kewangan di dalam pertanian.Mereka juga didedahkan dengan alat-alat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pertanian secara fertigasi