From Caring Come Courage
17 Mac 2018, Gambang - Program From Caring Come Courage telah diadakan di Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Seri Permai, Gambang. Bagi membantu sedikit sebanyak aktiviti harian mereka dan membersihkan persekitaran rumah kebajikan ini, program ini telah diusulkan oleh Saudari Nur Farisah. Beberapa sumbangan telah diberikan kepada rumah kebajikan ini.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk penghargaan dari generasi muda ke atas warga tua. Ini kerana niilai-nilai murni seperti menghormati dan meraikan warga tua seharusnya dijadikan elemen-elemen yang akan membantu melahirkan pelajar yang seimbang bukan sekadar pada pemikiran, fizikal bahkan pada rohaninya. Ia juga sebagai satu inisiatif untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti kemasyarakatan yang boleh memberi manfaat dan berfaedah supaya terhindar daripada perlakuan negatif. Selain itu, aspek kerohanian, penjagaan kesihatan turut dimuatkan dalam program ini. Dengan bermatlamatkan untuk mewujudkan hubungan baik antara pelajar-pelajar ump dengan warga tua, melatih kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi mahasiswa ump dengan masyarakat luar serta bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, program ini dapat dijalankan dengan baik.
Aktiviti bermula pada jam 10.00 pagi, di mana Pelajar di minta berkumpul di perhentian bas hadapan pintu masuk hadapan amphiteater dan seterusnya kami bertolak ke Taman Tas dimana terletaknya rumah kebajikan itu. Pada jam 11.00 pagi, kami tiba di rumah kebajikan tersebut dan disambut oleh En. Mohamagd Fauzi, pekerja dan pengurus rumah kebajikan itu. Kami memulakan aktiviti pembersihan setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Disebabkan warga di rumah kebajikan ini adalah lelaki, jadi hanya peserta lelaki dibenarkan untuk membuat pembersihan di dalam rumah. Dan selebihnya, peserta perempuan telah membersihkan kawasan luar rumah.
Setelah selesai aktiviti pembersihan dalam dan luar rumah, bermulalah sesi ramah bersama warga. Sambil mendengar kisah-kisah mereka, wakil peserta telah mebuat persembahan untuk menceriakan lagi suasana. Setelah itu, pada jam 1.00 tengahari kami makan tengahari bersama-sama. Selepas selesai makan tengahari, pengerusi rumah kebajikan ini, Tn Haji Zahari Bin Mamats telah memberikan sedikit perkongsian kepada kami telah rumah kebajikan ini. Perkongsian dan kisah-kisah dari warga rumah kebajikan ini wajar untuk kami sebagai peserta ambil sebagai iktibar.
Pada jam 2.00 petang, pengetua Kolej Kediaman 3, Pn Rosjuliana telah hadir bagi menjadi wakil dari Kolej Kediaman 3 dalam sesi penerimaan sumbangan kepada Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Seri Permai seterusnya merasmikan penutupan program From Caring Come Courage ini.