Kem Transformasi Diri Engineering Week 2018
10 Mac 2018, UMP Gambang - Kem Transformasi Diri Engineering Week 2018– Program ini dianjurkan untuk memupuk keupayaan bekerja dalam pasukan yang terdiri daripada peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang. Seterusnya. unsur-unsur kepimpinan dalam kalangan peserta juga diterapkan melalui program ini untuk mencapai kejayaan sesebuah program ke arah kecemerlangan.
Program ini dianjurkan di W-DK-01,W-DK-04 dan ruang legar, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang (Kampus Gmabang). Seramai 42 orang ahli jawantankuasa Engineering Week 2018 dari FKASA, FKKSA, FKEE, FKM, FKP dan FTEK telah menyertai program ini. Pada hari program, peserta dapat mengenal peserta yang lain dengan lebih mendalam serta dapat memahami prosedur-prosedur untuk menganjurkan program yang lebih terperinci.
Melalui program Kem Transformasi Diri Engineering Week 2018, pelajar UMP dapat memupuk sikap kerjasama serta daya bersaing untuk memastikan kelangsungan sesebuah program. Di samping itu, program ini juga berjaya menghasilkan pelajar yang berlayak untuk bekerja dalam pasukan atau organisasi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.