Pendakian Bukit Panorama
17 Mac 2018, Kuantan - Program Pendakian ke Bukit Panorama ini merupakan aktiviti kesukanan untuk mendaki bukit Panorama yang mempunyai pemandangan bandar Kuantan yang amat menarik. Di samping, dapat melihat pemandangan yang menarik di puncak Bukit Panorama, setiap mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat juga meraih pengalaman yang bermakna semasa mendaki bukit tersebut.
Hal ini kerana, pendakian Bukit Panorama bukanlah satu aktiviti yang mudah, terdapat beberapa jalan yang agak curam dan menguji fizikal. Seterusnya, mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat juga dapat bersukan dan bersenam kerana mendaki Bukit Panorama adalah aktiviti yang menyihatkan badan dan mampu untuk mengurangkan stres.
Aktiviti pendakian ini juga merupakan salah satu platform atau medium untuk para mahasiswa dan mahasiswi menjalani aktiviti riadah di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
Program sebegini dapat memupuk semangat kesukanan di dalam diri setiap pelajar Universiti Malaysia Pahang dan amalan gaya hidup sihat dapat diamalkan dan diterapkan di dalam diri setiap pelajar.