Women's Grooming
4 Mac 2018, UMP Gambang - Program ini telah diadakan pada 4 Mac bersamaan hari ahad yang melibatkan seramai 57 orang peserta dari kalangan pelajar UMP kampus gambang. Bengkel kecantikan ini diketuai oleh 5 orang konsultan dari Mary Kay yang telah mengajar sedikit sebanyak ilmu kepada wanita tentang penjagaan kulit dan teknik asas solekan.
Program “Women Grooming” merupakan sebuah program yang menekankan kepada aspek kecantikan, kesihatan kulit wajah dan penampilan diri dalam kalangan siswi di Universiti Malaysia Pahang. Program ini untuk meningkatkan pengetahuan tentang penjagaan kulit wajah dan cara-cara pemakaian produk kosmetik yang betul dan sesuai dengan jenis dan warna kulit. Selain itu, memberi pendedahan kepada siswi mengenai kesan buruk penggunaan produk kosmetik yang mempunyai bahan kimia yang berlebihan dan berbahaya untuk kulit wajah.
Disamping itu, siswi juga dapat pengetahuan mengenai jenis produk dan bahan kandungan dalam produk yang sesuai dengan jenis kulit wajah masing-masing. Program ini juga memberi impak positif kepada mahasiswi dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit wajah bagi meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan siswi apabila berhadapan dengan masyarakat luar dan menempuhi alam pekerjaan.
Program ini telah mendapat sambutan dan sokongan yang mengalakkan daripada para pelajar Universiti Malaysia Pahang. Program ini memberikan pengenalan dan definisi yang jelas apakah manfaat disebalik mengamalkan teknik penjagaan kulit wajah yang betul.