Gen Y Health Talk 3.0
7 Mac 2018, UMP Gambang - Program Gen Y Health Talk 3.0 adalah salah satu program yang dijalankan bersempena dengan Hari Wanita Seduania yang berlangsung selama seminggu bermula dari 20 Febuari 2018 dan berakhir pada 21 Februari 2018.
Program ini dijalankan untuk menunjukkan sokongan mahasiswa terhadap Hari Wanita Sedunia 2018. Tambahan pula, program ini secara tidak langsung membuka minda mahasiswa tentang bahayanya jika tidak menitikberatkan penjagaan kebersihan dan kesihatan diri dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini dapat mewujudkan aktiviti gaya hidup sihat dan dijadikan ia sebagai rutin mahasiswa dalam kehidupan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan mahasiswa yang cergas dan cerdas.
Dengan berjalannya program ini, mahasiswa dapat mempraktikkan budaya sihat dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya, program ini juga mampu melahirkan mahasiswa yang bijak dalam menjaga kebersihan diri selaras dengan hari wanita sedunia yang mementingkan wanita dalam mencorakkan masa depan negara. Selain daripada itu, program ini juga dapat meraih sokongan mahasiswa dalam bersama-sama menjadikan UMP sebagai salah satu IPTA terdiri daripada mahasiswa yang mampu menjaga kesihatan, kebersihan dan kecantikan diri untuk bersaing secara sihat di arena pendidikan.
Program sebegini dapat menggalakkan mahasiswa untuk menambah ilmu pengetahuan dalam aspek penjagaan diri sebagai salah satu aktiviti pilihan untuk memenuhi masa lapang dan mempraktikkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.