Drum Night 2.0
14 Mac 2018, UMP Gambang - Program konsert DRUM Night 2.0 telah diadakan dengan jayanya pada 14 Mac 2018 (Rabu) di dewan astaka, Kampus Gambang, Universiti Malaysia Pahang. Program ini dianjur oleh 24 Season Drums & Martial Arts. Program ini merupakan konsert yang terbuka kepada semua mahasiawa dan staf UMP serta penduduk luar UMP tanpa mengira kaum. Seramai 562 orang peserta telah menyertai konsert ini.
Melalui program ini, bukan sahaja nama baik Universiti Malaysia Pahang dapat ditingkatkan, tetapi juga dapat mengiklankan UMP DRUM Night 2.0 kepada mahasiawa UMP dan penduduk luar UMP. Selain itu, mahasiswa UMP dapat berpeluang melibatkan diri dalam menjayakan sesuatu aktiviti.
Aktiviti ini bermula pad pukul 8 malam dan telah berakhir pada pukul 11 malam dengan lancarnya. Secara keseluruhannya, Program konsertl DRUM Night 2.0 mendapat sambutan yang baik dan matlamat program ini telah dicapai.