Engineering Industrial Talk 1.0
14 Mac 2018, UMP Gambang - Program Engineering Industrial Talk 1.0 merupakan salah satu program ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Sumber Alam (CIVER). Program ini diadakan pada 14 Mac 2018 bertempat di WDK-S-01, blok W dan disertai oleh mahasiswa UMP, Kampus Gambang.
Dalam program Engineering Industrial Talk 1.0, kami telah menjemput seorang penceramah jemputan yang merupakan alumni UMP semasa UMP dikenali sebagai KUKTEM. Program ini dijalankan dalam bentuk motivasi. Penceramah. Selain itu, panel jemputan juga memberi pelbagai tips bagaimana ingin menjadi mahasiswa yang cemerlang dan berdedikasi tetapi dalam masa yang sama aktif dalam aktiviti kokurikulum dan keusahawanan.
Pada pusingan forum yang terakhir adalah sesi soal jawab. Sesi ini telah mendapat sambutan yang baik daripada mahasiswa UMP yang hadir ke program tersebut. Hal ini kerana, terdapat ramai mahasiswa yang ingin bertanyakan soalan kepada para panel jemputan.