EXHIBITION & CULTURE STREET
11 Mac 2018, UMP Gambang - Program EXHIBITION & CULTURE STREETini adalah sebuah program berbentuk pameran budaya Cina. Perkara ini dapat memperkenalkan tradisi bangsa Cina kepada warga Universiti Malaysia Pahang yang terdiri daripada berbilang kaum. Perkara ini juga dapat meningkatkan semangat kerjasama dan inspirasi “Satu Malaysia” antara peserta-peserta tanpa mengira kaum dan agama.
Peserta dapat menikmati hiasan-hiasan budaya Cina yang disediakan oleh ahli Jawatankuasa Malam Kebudayaan Tahun Baru Cina 2018. Peserta berasa amat teruja kerana ahli jawatankuasa menghiaskan dewan dengan banyak hiasan yang khas. Ramai peserta menyertai pameran ini kerana hiasan-hiasannya amat menarik hati.
Program sebegini dapat memupuk keharmonian dan semangat perpaduan antara mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Pahang. Selain itu, peserta berbilang kaum dapat memahami budaya orang Cina.