International Mobility MALAYSIA-BANDUNG
10 Januari 2018, Bandung, Indonesia - International Mobility (Malaysia-Bandung) merupakan program anjuran Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PEKA1) Sesi 2016/2017 dan telah dianjurkan pada 10 hingga 15 Januari 2018. Program ini melibatkan 13 orang PEKA 1 Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan diiringi oleh Penasihat program merangkap Pengetua Kolej Kediaman 1, Cik Nurul Arina Raihan Bt Che Azmi.
Program ini memfokuskan 2 elemen dengan elemen utamanya iaitu kunjungan ke 3 buah universiti teknikal di sekitar Bandung, Indonesia. Universiti tersebut ialah Institut Teknologi Bandung (ITB), Universitas Padjadjaran dan juga Universitas Komputer, Bandung. Elemen ke-2 ialah Lawatan Kebudayaan ; menyelami budaya orang Indonesia sebagai bangsa serumpun dengan melawat tempat sekitar Bandung,Indonesia antaranya Wot Batu, Tangkuban Perahu dan Dusun Bambu.
Antara pengisian sewaktu kunjungan ke Institut Pengajian di sekitar Bandung, Indonesia ialah perkongsian 2 hala tentang kemudahan dan program serta pencapaian di institut tersebut, lawatan sekitar institut dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati.
Program antarabangsa ini bukan sahaja dapat memupuk jalinan hubungan antara IPTA dengan IPT luar Negara, Industri, NGO dan masyarakat luar bandar peringkat antarabangsa malah dapat mewujudkan pertukaran budaya dimana peserta dapat mempelajari budaya masyarakat Indonesia serta mengajar budaya bangsa kita kepada masyarakat di sana.