PROJEK KILAUAN MUTIARA SMK SERI PEKAN
2 Februari 2018, UMP Pekan - Projek Kilauan Mutiara SMK Seri Pekan adalah projek bertemakan motivasi akademik yang merupakan medium strategik dalam membangunkan keunggulan peribadi dan kecemerlangan bakat ahli melalui penyemaian intelekualisme diri dalam berbakti kepada masyarakat secara sukarela. Suasana iklim pendidikan yang terus menerima pelbagai cabaran dan peluang pekerjaan serta kedudukan ekonomi global yang kompetitif ini menuntut ahli untuk mempersiapkan fizikal dan mental dalam memastikan aras prestasi yang cemerlang sebagai seorang mahasiswa UMP yang kompeten, berdaya saing dan holistik.
Maka, wujud keperluan yang signifikan kepada Kelab InSmartive untuk komited dan konsisten mengangkat agenda kesukarelawanan pendidikan (edu-volunteerism) secara terancang, terarah dan berstruktur untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan yang prihatin, peka dan penyayang melalui gerak kerja yang profesional, efisien dan sistematik melalui penawaran perkhidmatan pemudahcara dan bimbingan latihan dalam motivasi akademik dan kepimpinan kepada penerima manfaat kepada masyarakat umum.
Hasil daripada program ini;
1. Peserta dapat memperoleh ilmu pengetahuan baru melalui penerapan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
2. Peserta dapat menguasai kemahiran literasi dan numerasi melalui pembelajaran yang diterima sepanjang projek.
3. Peserta dapat memimpin diri sendiri dan orang lain untuk terus maju kehadapan.
4. Peserta dapat mengimbangkan antara intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Klik sini untuk gambar program