CLEAN OUR PLATE
9 Januari 2018, Kuantan - Clean our Plate merupakan satu projek yang dianjurkan oleh Aiesec UMP yang mengambil inisiatif untuk mengurangkan sisa makanan di peringkat pengguna di Malaysia. Sisa makanan yang semakin banyak akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar. Projek ini bermula pada 9th Januari 2018 dan 10th Januari 2018 dengan mengadakan satu seminar iaitu Incoming Preparation Seminar di UMP untuk memberi maklumat lanjut kepada sukarelawan anatarabangsa tentang projek tersebut.
11th Januari, kami menjalankan satu tour di UMP dan pada 12th Janurari ada satu tour di seluruh Kuantan bagi sukarelawan membiasakan diri di negara kita dan temu duga. Seterusnya, 15th Januari Training with MySaveFood selama 6 jam tentang impak negatif pembaziran makanan, cara-cara menangani masalah ini dan memberi latihan.
16th and 17th Januari membuat penyediaan pegumuman dan pengukuran. Pada 18th Januari, kami pergi ke sekolah St.Thomas dan SMK Tanah Putih di Kuantan membuat satu pengumuman tentang workshop dan pengukuran sisa makanan di sekolah tersebut.
19th Januari 2018 mengadakan satu trip ke Genting Highlands bagi menonjolkan kecantikkan Malaysia kepada sukarelawan antarabangsa. 22th dan 24th Januari membuat persediaan Workshop 1 dengan beberapa simulasi untuk Workshop 1 selama 8 jam sehari. 25th adalah Workshop 1 di St Thomas pada pukul 10:30am – 12:00pm iaitu 1 jam 30 mini dan selepas itu menambahbaikkan dengan sesi cadangan.
26th,27th,28th29th adalah Border Run iaitu bagi sesetengah sukarelawan antarabangsa memanjangkan visa di Malaysia. Pada 30th membuat persediaan untuk Workshop 2 yang diadakan pada 31th Januari 2018 di St Thomas, Kuantan. 1st and 2nd February persediaan Workshop 1, 2,3 dan 4 yang diadakan di SMK Tanah Putih 3rd Februari 2018 selama 4 jam dari pukul 8am – 12pm.
5th dan 6th Februari 2018 membuat persediaan Workshop 3 and 4 yang diadakan pada 7th Februari di St Thomas, Kuantan selepas itu Cross Over Challenge . 9th Februari adalah Public Awareness dan CrossOver Challenge di East Coast Mall dan Kuantan City Mall selama 6 jam,10th Februari di UMP pada pukul 10am - 12pm dan Teluk Cempedak pada pukul 2pm hingga 7pm. 11th, 12th and 13th adalah Global Village di SMK Cenderawasih.
Aktiviti ini membolehkan pelajar UMP bersama-sama dengan sukarelawan antarabangsa bepeluang untuk bekerjasama mengorganisasikan satu persidangan yang bertema pengurusan sisa pepejal dan kepimpinan. Pelajar UMP dapat memupuk kepimpian sepanjang akitiviti ini. Sebagai contoh, pelajar UMP perlu memberi bimbingan kepda sukarelawan antarabangsa tentang kesesuaian kandungan yang akan disampaikan kepada pelajar sekolah menengah. Pelajar UMP juga dapat menyedarkan diri tentang isu-isu persekitaran terutamanya isu sisa makanan dan pembaziran yang meningkat setiap tahun. Pelajar UMP dan peserta luar bersama-sama dalam menggalakkan komuniti di Kuantan terutamanya pelajar sekolah menengah untuk menitikberatkan isu ini dan bersama-sama mengambil tindakan untuk menangani isu ini.
Klik sini untuk galeri gambar program