Beauty With Brain
11 Mac 2017, UMP - Program Beauty With Brain telah dijalankan bertempat di Z-ZDK-10. Majlis dimulakan dengan ketibaan para mahasiswi dan sesi pendaftaran diikuti dengan ketibaan wakil penasihat program, tetamu jemputan dan penceramah jemputan. Majlis kemudian diteruskan dengan slot pertama (Secret To Beauty and Success dan Job Interview Do’s and Don’t’s). Selepas itu, majlis berehat seketika untuk sarapan pagi. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan slot kedua (Skincare Class dan Makeup Tips and Tricks) oleh perunding kecantikan Mary Kay. Objektif program tersebut adalah;
1) Membantu membentuk imej diri sesorang dari segi penampilan diri.
2) Meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang melalui penampilan diri.
3) Mendedahkan tentang situasi semasa temuduga kepada pelajar.
4) Merapatkan hubungan antara para ahli jawatan kuasa program, peserta dan pihak Pengurusan KK1
Sebelum majlis berakhir, wakil penasihat menyampaikan ucapan penghargaan dan menyampaikan cenderahati kepada tetamu jemputan. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi.