Fantastik Mahabbah
10 Mac 2017, UMP - Program Fantastik Mahabbah ini merupakan anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Islam bersama Majlis Perwakilan Pelajar, Kelab Tabung Haji (TaHa), Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMP, Kelab Sains dan Kemanusiaan, Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 2 dan Perwakilan Kolej Kediaman 3 yang berkongsepkan Islamik dan penuh dengan pengisian rohani yang umumnya boleh diterima oleh muslim dan yang bukan muslim.
Program yang berlangsung selama seminggu bermula 10 Mac sehingga 17 Mac 2017 bertujuan untuk memberi kesedaran serta motivasi kepada mahasiswa UMP yang mana konsep program ini adalah perkongsian ilmu dari panel-panel jemputan. Terdapat beberapa sub-program dalam program Fantastik Mahabbah ini antaranya Bowling Mahabbah, Ziarah Mahabbah, Seminar Kekeluargaan, Dialog Metafizik “Okultisme & Ilmu Hitam”, Bicara Siswa: Sijil Ijazah vs Sijil Nikah, Blossoming into a Beautiful Woman, Forum Discover Your Inner Beauty, Hijab Makes You Beautiful 2.0, Seminar Keusahawanan, Jom Lepak @ Masjid dan Dakwah Ummah.