Program Santai: Penerangan Mengenai Pertandingan Idea Perniagaan GAPROF dengan kerjasama Seranta dan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)
1 Mac 2017, UMP Gambang - Program santai Penerangan Mengenai Pertandingan Idea Perniagaan GAPROF dengan kerjasama Seranta dan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) merupakan program perkongsian idea perniagaan GAPROF kepada pelajar yang dirasmikan oleh Tuan Haji Nasir Khan bin Yahaya. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada Mahasiswa. Program ini dilaksanakan pada 1 Mac 2017,bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang.
Di samping itu, program ini telah membuka minda dan mata Mahasiswa untuk membuka sendiri perniagaan mereka dan meluaskan ilmu pengetahuan yang telah dikongsikan oleh panel jemputan. Selain itu, melalui program ini, Mahasiswa yang terlibat dapat meluaskan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Kebangsaan mahupun antarabangsa.
Secara tidak langsung, melalui program ini, Mahasiswa yang terlibat dapat menjana pendapatan mereka seawal daripada peringkat Universiti lagi. Maka dengan itu mereka dapat membiayai pembelajaran mereka di Universiti dan berdikari serta tidak membebankan ibu bapa mereka lagi. Malah dapat mengharumkan nama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di peringkat antarabangsa.
Kesimpulannya, Mahasiswa sepatutnya didedahkan program seperti ini lebih awal lagi agar mereka dapat memberi idea yang lebih berinovasi dalam perniagaan.