Kejohanan Bola Keranjang 3 ON 3
18 Mac 2017, UMP Gambang - Kejohanan Bola Keranjang 3 ON 3 dianjurkan oleh Kelab Bola Keranjang dan diuruskan oleh Jawatankuasa Kelab Bola Keranjang.
Berbanding dengan penganjuran program tahunan seperti Sukan Fakulti. Program ini merupakan julung kali diadakan bagi mencari bakat baru dalam sukan bola keranjang. Seperti yang dinyatakan, program ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dari pelbagai kaum di UMP.
Kejohanan Bola Keranjang ini akan menarik perhatian mahasiswa yang mungkin tidak mengetahui bakat yang tersimpan selama ini. Pada mulanya jangkaan hanya mahasiswa berbangsa Cina yang lebih berminat untuk menyertai kejohanan ini, tapi melalui jawatankuasa media yang dilantik, mampu menarik mahasiswa dari bangsa lain dan akan memeriahkan lagi kejohanan ini dengan pemain-pemain dari pelbagai kaum.
Pengunjung-pengunjung yang datang akan berasa gembira melihat pemain-pemain yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Ini dapat mengharumkan nama UMP di mata masyarakat kerana dapat menyatukan semua bangsa dalam permainan bola keranjang yang jarang sekali dilakukan.
Kelab-kelab yang terdapat di UMP dialu-alukan mengadakan jualan di luar gelanggang bagi memeriahkan lagi kejohanan bola keranjang ini. Gerai jualan seperti air dan makanan mampu menarik lebih ramai pengunjung dan mahasiswa untuk menyaksikan perlawanan serta menyokong pasukan yang diminati.