UMP TZU CHING CAMP 2017 : LET OUR LOVE SPREAD OUT
25 Februari 2017, Kuantan - Program UMP TZU CHING CAMP 2017 : LET OUR LOVE SPREAD OUT ini diadakan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang prihatin, kasih sayang, tolong-menolong antara satu sama lain dan cintai alam sekitar. Dengan itu, banyak masalah-masalah disiplin di kalangan golongan muda dapat dikurangkan dan para mahasiswa dapat sertai aktiviti yang berfaedah pada masa lapang.
Melalui program ini, dapat memberi pengenalan kepada mahasiswa tentang Yayasan Buddhist Tzu Chi dan Persatuan Collegiate Tzu Chi (Tzu ching). Pada masa yang sama, ia juga dapat mendedahkan mahasiswa tentang program Kitar Semula dan kebaikan kitar semula. Melalui program ini mahasiswa dapat belajar bagaimana mengasingkan barang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula. Secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat cinta alam sekitar.
Selain itu, melalui aktiviti khidmat komuniti juga dapat melahirkan mahasiswa yang prihatin dan penyayang. Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang membawa mahasiswa menziarahi golongan yang memerlukan pertolongan dan memberikan bantuan kepada golongan tersebut. Dengan ini mahasiswa akan berasa bersyukur dapat hidup dalam keadaan yang selesa berbanding dengan golongan yang hidup dalam kesusahan.
Sebelum program berakhir satu slot perkongsian diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi tentang perasaan dan pengalaman yang telah diperolehi melalui program ini.
Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung antaranya JHEPA UMP, MPP UMP, dan Belia Yayasan Tzu Chi bagi menyokong program khidmat komuniti seperti ini. Dengan ini, diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.