23 Jul2018
EASY 3R OLEH PEKA 4
1 JUN 2018, GAMBANG- PEKA 4 bagi sesi 2017/2018 mengambil inisiatif untuk mengadakan program Easy 3R di Kolej Kediaman 4 UMP Gambang.Penekanan aspek kebersihan merupakan satu nilai yang penting pada masa kini dan perlu ada dalam diri setiap mahasiswa. Maka, program ini menjadi salah satu titik penolak dalam kalangan mahasiswa untuk mempraktikkan amalan hidup lestari seperti aktiviti kitar semula.
Oleh yang demikian, Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 4 (PEKA 4) mahu mengambil langkah yang efektif dalam memberikan kesedaran kepada mahasiswa KK4 tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.