ISTIADAT KONVOKESYEN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
121 MEI 2018, SEREMBAN- “Istiadat Konvokesyen PSSCM” merupakan satu program untuk menganugerahkan sijil Ujian Sijil Rendah yang mana suatu ujian dalam PSSCM untuk menguji kefahaman mereka dalam silibus PSSCM sendiri. Istiadat konvokesyen ini bertujuan untuk meraikan dan menganugerahkan sijil kepada ahli yang berjaya mengambil Ujian Sijil Rendah pada bulan Disember 2017 dan Februari 2018.
Program ini diadakan di Dewan Haji Maideen di Negeri Sembilan yang melibatkan semua ahli PSSCM seluruh Malaysia. Kelangsungan dari program ini juga, dapat mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Malaysia Pahang (PSSCMUMP) dengan ahli dari PSSCM kelas latihan lain. Program ini juga dilihat sebagai satu platform yang baik untuk memantapkan kesatuan dan kesefahaman antara ahli-ahli persatuan di mana medium tersebut dapat digunakan semaksima mungkin untuk bertukar-tukar idea dan pendapat yang bernas.
Program ini telah diadakan pada 12 MEI 2018 yang melibatkan 33 orang pelajar iaitu ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia daripada Kampus Gambang. Program ini juga dilihat sebagai satu platform yang baik untuk memantapkan kesatuan dan kesefahaman antara ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak dari seluruh IPTA di mana medium tersebut dapat digunakan semaksima mungkin bagi ahli baru persatuan ini untuk mengenali lebih dekat ahli-ahli PSSCM yang lain.