SEHARI MENYEMAI BAKTI BERSAMA PENDUDUK FELDA KEMASUL 2.0
26 MEI 2018, BENTONG- Pada 26 Mei 2018 (Sabtu) yang lalu telah berlangsung program Sehari Menyemai Bakti Bersama Penduduk Felda Kemasul 2.0 yang diadakan bertempat di Perpustakaan Desa FELDA Kemasul anjuran Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PERSIS). Seramai 250 orang masyarakat Felda Kemasul dan 37 orang ahli jawatan kuasa dan fasilitator telah terlibat bagi menjayakan program ini.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini yang difokuskan kepada masyarakat Felda Desa Kemasul dan juga para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan yang mengambil PT3 serta Sekolah Kebangsaan yang mengambil PPSR. Antara slot yang dilakukan kepada para pelajar adalah ice breaking yang bertujuan untuk memberi peluang dan merapatkan jurang antara pelajar sekolah menengah dan sekolah kebangsaan untuk berkenalan antara satu sama lain. Seterusnya, slot S.W.O.T dilaksanakan kepada para pelajar untuk membantu mereka mengenali pasti kekuatan, kekurangan, peluang dan juga ancaman dalam diri mereka sendiri. Slot ini membantu para pelajar untuk menggunakan kekuatan dan peluang yang ada dalam diri mereka untuk berjaya dalam kehidupan terutama sekali dalam peperiksaan awam yang mereka hadapi. Mereka juga dapat mengatasi kekurangan dan juga ancaman yang dihadapi. Selain itu, slot Pulau Impian juga dilaksanakan untuk menguji kemahiran para pelajar menjadi pemimpin dalam kalangan semua ahli. Slot ini juga dapat membantu untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, terdapat slot Eh! Rupanya aku yang dilakukan kepada para pelajar agar mereka mengetahui bahawa diri mereka sendiri merupakan tokoh yang patut dikagumi. Oleh itu, mereka perlu memperbaiki diri sendiri untuk berjaya pada masa hadapan. Slot Timeline dilakukan adalah untuk membantu pelajar menentukan hala ttuju hidup mereka seleps SPM. Mereka dikendaki unutk merangka sasaran yang mereka hendak capai bermula dengan PT3/PPSR. Oleh itu, dengan adanya slot in dapat membantu pelajar untuk merancang perjalanan masa hadapan dengan lebih teratur para pelajar juga akna lebih mengetahui visi hidup mereka dengan lebih jelas.
Disamping itu, aktiviti bersama penduduk desa Felda Kemasul turut diadakan antaranya ialah aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk felda dan juga aktiviti memasak juadah berbuka puasa. Aktiviti dilaksanakan oleh penduduk Felda Kemasul bersama-sama ahli jawatankuasa PERSIS untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar dan masyarakat felda. Ajk yang terlibat serta penduduk kampung juga telah melukis mural di kawasan Perpustakaan Desa Felda Kemasul bertujuan untuk menceriakan lagi kawasan tersebut.
Tujuan utama program ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada masyarakat felda dengan kelab persis susulan daripada program lepas. Program motivasi yang dilakukan juga dapat membantu pelajar yang mempunyai peperiksaan besar untuk menghadapi peperiksaan mereka. Para pelajar juga dapat merancang masa hadapan mereka dengan teliti dengan bantuan fasilitator yang banyak berkongsi pengalaman mereka kepada para pelajar.