KEJOHANAN MINI MEMANAH
5 MEI 2018, GAMBANG- Pada tarikh 5 Mei 2018, berlangsungnya kejohanan mini memanah bertempat di Lapang Sasar Memanah , UMP Gambang dan dibawah penganjuran Kelab Memanah UMP. Program ini ditaja oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar& Alumni. Seramai 40orang peserta dan 23 orang AJK telah terlibat dalam program. Objectif program ini adalah untuk meningkatkan prestasi dan potensi yang ada dalam kalangan siswa-siswi UMP. Tentatif sepanjang sehari program ini berlangsung. Pada 5 Mei 2018, peserta dibenarkan untuk latihan rasmi sebnanyak 3 end. Seterunya soaring set 1,2,3 dan 4 berlangsung.Program diakhiri dengan majlis penutup dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. hadiah disampaikan oleh En. Muhaimin. Tempat pertama disandang oleh Nor Syahirah Bt Azelan, tempat kedua disandang oleh Muhammad Danial bin Mohamad Rizwan dan tempat ketiga disandang oleh Mohamad Solehin Zalani.
Hasil pembelajaran daripada program ini adalah kami dapat belajar cara mengendalikan program dengan betul dan juga cara-cara untuk menangani masalah yang berlaku ketika program sedang dijalankan.Selain itu, semua jawatan kuasa mempunyai peluang untuk bekerja dalam satu kumpulan dan belajar cara berkomunikasi yang berkesan dan menyampaikan maklumat pada tempoh masa yang ditetapkan.
Kesimpulannya, program ini telah memberi telah berjaya dan telah memberi kesan yang mendalam pada peserta dan warga UMP dalam membentuk satu masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu
KLIK SINI UNTUK GAMBAR PROGRAM