SHARING DATES IN RAMADHAN 1439H
16 MEI 2018, GAMBANG- Program Sharing Dates in Ramadhan 1439H merupakan suatu program yang berkonsepkan program amal iaitu dengan mengedarkan kurma kepada mahasiswa UMP di sekitar kawasan payung putih. Program bermula pada jam 4.45 petang dengan megagihkan kurma kepada staf Kolej Kediaman 1 di pejabat kolej kediaman.Seterusnya, pada jam 4.50 petang, PEKA 1 mengambil tempat di kawasan payung putih. Pada jam 5 petang, aktiviti mengedarkan kurma berlangsung. Pengetua KK1, Cik Nurul Arina Raihan Binti Che Azmi turut turun padang bagi mengedar kurma kepada mahasiswa.
Kurma diedarkan kepada mahasiswa muslim yang berada disekitar kawasan payung putih dan tidak ketinggalan juga kurma turut diedarkan kepada mahasiswa bukan muslim. Tujuan kurma turut diedarkan kepada mahasiswa bukan muslim adalah sebagai kesempatan kepada mereka untuk merasai keenakkan buah kurma yang diketahui umum bahawa kurma banyak khasiatnya kepada tubuh manusia. Aktiviti tamat pada jam 6 petang dimana sebanyak 283 bungkus kurma telah berjaya diedar kepada mahasiswa UMP.
KLIK SINI UNTUK GAMBAR PROGRAM