SAffAD - Official Portal

Student Affairs & Alumni Department (SAffAD)

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI ( JHEPA )

OBJEKTIF JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (SAffAD)

• Menggalakkan penglibatan pelajar melalui pelbagai aktiviti pembangunan pelajar di dalam dan di luar kampus.
• Merencana aktiviti kokurikulum dan memberi pengiktirafan aktiviti kehidupan kampus bagi membangunkan pelajar yang holistik.
• Menyediakan persekitaran kehidupan kampus yang menyeluruh (total campus experience) bagi merangsang proses pembangunan pelajar melalui prasarana, perkhidmatan dan kemudahan yang kondusif.
• Mewujudkan jaringan perhubungan yang erat serta berterusan di antara alumni UMP dan alma mater mereka.
FUNGSI
• Menyelaraskan urusan pentadbiran am jabatan.
• Menyelaras pengurusan sumber manusia jabatan.
• Menguruskan urusan kewangan jabatan.
• Menguruskan sistem maklumat jabatan.
• Menguruskan urusan pembiayaan dan pinjaman PTPTN pelajar
• Menguruskan kebajikan pelajar
• Menguruskan Tabung Zakat serta urusan pengagihan wang zakat serta mencari dana bagi tabung zakat
• Mengurus dan mengendalikan urusan tatatertib dan disiplin pelajar
• Menguruskan dan menyelaras aktiviti dan data berkaitan alumni.
• Menguruskan kajian penyelidikan yang berkaitan pelajar, pembangunan sosio ekonomi dan kemasyarakatan.
• Menyedia dan membekalkan laporan yang berkaitan kepada pihak-pihak yang berkenaan.